
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Kdn Bilangan 10 Tahun 2025
Putrajaya, 7 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 10 Tah...
Putrajaya, 7 Mei 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 10 Tahun 2025 di Kompleks Setia Perkasa, di sini, petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Dato' Shamsul Anuar Nasarah.
Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command, SAC Nasri Mansor melalui telesidang dan para pegawai kanan jabatan serta agensi di bawah KDN.
Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.