
Article
Kpn Hadir Mesyuarat Jpk Bagi Kepengerusian Asean Malaysia 2025 Bilangan 3 2024
Putrajaya, 17 September 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) bagi Kepengerus...
Putrajaya, 17 September 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 Bilangan 3/2024 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra, di sini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu bagi meneliti persiapan rapi Malaysia dari pelbagai aspek sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan tuan rumah sempena Sidang Kemuncak ASEAN tahun hadapan.
Mesyuarat turut dihadiri barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet serta Ketua-ketua Agensi Kerajaan Persekutuan yang terlibat.
Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Raja Dato’ Nushirwan Zainal Abidin.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Bryanlie Mustin