
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Jkpksn Bilangan 2 2024 Dipengerusikan Mdn
Putrajaya, 20 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menyertai barisan ketua jabatan agensi di bawah Kementerian Dalam Neg...
Putrajaya, 20 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menyertai barisan ketua jabatan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JKPKSN) Bilangan 2/2024 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan turut dihadiri oleh Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
Selain mendengar perutusan daripada Datuk Seri Saifuddin Nasution, Tan Sri Razarudin dan ahli mesyuarat lain turut dibentangkan tentang maklum balas mesyuarat bilangan 1/2024 dan beberapa kertas kerja dan pemakluman berkaitan keselamatan sempadan negara.
Antara agensi induk yang terlibat dalam melaporkan perkembangan dalam mesyuarat tadi ialah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCOM.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar serta Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.