
Article
Kpn Hadir Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Pblt Bilangan 1 2025
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBLT Bilangan 1 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Kinabalu,...
Cyberjaya, 28 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBLT Bilangan 1 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Kinabalu, PBLT Sdn. Bhd., di sini.
Mesyuarat yang bermula sekitar jam 9.00 pagi tadi dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri Dr. Mazlan Lazim selaku Pengerusi Syarikat PBLT.
Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi PBLT, Puan Sr. Nor Khairiah Abdul Halim dan Setiausaha Syarikat PBLT, Encik Syukur Marzuki.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim





















