
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Pengerusikan Sesi Pembentangan Pelaporan Pemeriksaan Balai Di Kontinjen Pulau Pinang
George Town, 1 Mac 2025 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid mempengerusikan sesi pembentangan Pelaporan Pemeriksaan Balai (PTKPN A117) bagi...
George Town, 1 Mac 2025 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid mempengerusikan sesi pembentangan Pelaporan Pemeriksaan Balai (PTKPN A117) bagi Kontinjen Pulau Pinang di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini semalam.
Antara input yang dibincangkan ialah memastikan semua aspek operasi dan pentadbiran di setiap balai mematuhi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) serta penambahbaikan berterusan dalam pengurusan balai-balai polis di kontinjen itu.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman dan barisan ketua jabatan serta ketua polis daerah.