Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 Di Putrajaya

Diterbitkan: 16 Sep 2024 8.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 16 September 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-meriahkan-sambutan-maulidur-rasul-saw-peringkat-kebangsaan-tahun-2024-di-putrajaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:35 MYT
Putrajaya, 16 September 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pagi tadi.

Beliau yang hadir sekitar jam 8.35 pagi telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed di perkarangan lobi PICC.

Hadir sama ke sambutan tersebut ialah Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut berangkat bercemar duli sekali gus berkenan menyempurnakan majlis diadakan.

Mengangkat tema 'Al-Falah Pemacu Madani Malaysia Madani' ia merupakan manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini kearah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.

Pada sambutan kali ini, Mufti Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Hj. Kipli Hj. Yassin telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024. Anugerah tersebut telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dalam majlis yang sama, enam individu menerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan antaranya Yang Dipertua Peratuan Persaudaraan Muslimah Malaysia, Datin Aminah Zakaria, Presiden Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia (DAWN), Sariah Ibrahim dan Michael Tong Wai Siong atau lebih kenali 'Uncle Mike' yang menjaga tiga orang anak yatim berbangsa Melayu selama lebih 16 tahun lalu sehingga kini.

Yang turut hadir dalam sambutan majlis tersebut, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Naim Hj. Mokhtar, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, barisan Tuan Yang Terutama dan Duta Perwakilan Asing di Malaysia, pegawai kanan Persekutuan serta rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 4 people and text

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and wedding

May be an image of one or more people and crowd

May be an image of 6 people, dais and text




ArtikelDiterbitkan 16 Sep 2024 8.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM