Artikel
Kpn Hadir Meriahkan Sambutan Jubli Emas Penubuhan Rela
Putrajaya, 25 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani malam tadi berbesar hati menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan...
Putrajaya, 25 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani malam tadi berbesar hati menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas Hari Ulang Tahun Ke-50 Jabatan Sukarelawan Malaysia RELA di Hotel Mariott, di sini.
Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya Sulaiman.
Dalam majlis itu, Tan Sri Acryl Sani turut menyaksikan pelancaran duit syiling peringatan, selain video sempena 50 tahun penubuhan jabatan berkenaan.
RELA ditubuhkan pada 3 Julai 1972 dengan fungsinya yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri.
Pada 28 Ogos 2013, RELA telah diiktiraf untuk menjadi salah satu jabatan persekutuan oleh Kerajaan Malaysia.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.
