
Artikel
Kpn Hadir Meriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kdn Bersama Perdana Menteri
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Perdana Me...
Putrajaya, 24 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di pekarangan Kompleks Setia Perkasa, KDN, di sini tengah hari tadi.
Tan Sri Razarudin tiba sekitar jam 12.15 tengah hari dan turut mengiringi ketibaan Dato' Seri Anwar bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman.
Tan Sri Razarudin bersama para tetamu kehormat kemudiannya diiring ke meja santapan dan menikmati pelbagai juadah hari raya yang disediakan khas sempena majlis berkenaan.
Majlis tersebut berjaya menghimpunkan lebih 3,000 warga KDN dan agensinya, sekali gus mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh harmoni.
Sebanyak 14 gerai makanan memeriahkan sambutan, dengan gerai Jabatan Pendaftaran Negara, diumumkan sebagai juara Pertandingan Gerai Paling “Wow”, diikuti Jabatan Imigresen Malaysia di tempat kedua dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat ketiga.
Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, barisan Timbalan KSU KDN, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan dan KP Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

.