Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hebahan Speaks Platform Aduan Salah Laku Polis Kini Dalam Talian

Diterbitkan: 23 Apr 2025 1.51 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.05 PM
Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Siasatan (SPEAKS) merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Digital Negara (JDN). Sistem ini boleh diakses untuk kegunaan orang awam bermula hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-speaks-platform-aduan-salah-laku-polis-kini-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:12 MYT

Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Siasatan (SPEAKS) merupakan inisiatif Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Digital Negara yang berfungsi sebagai platform digital untuk orang awam membuat aduan berkaitan salah laku anggota polis secara dalam talian.

Ia turut membolehkan semakan status aduan dan penerimaan maklum balas dengan lebih telus serta mempercepatkan proses penyiasatan dalaman melalui penyelarasan antara IPCC dan agensi terlibat.

Orang awam boleh mengakses sistem ini bermula 22 April 2025 melalui pautan speaksipcc.moha.gov.my.

ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2025 1.51 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.05 PM