Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan

Diterbitkan: 25 May 2024 6.15 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.11 PM
Johor Bahru, 25 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Padang Akasia dan Begonia, Plaza Angsana Mall, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-perasmian-sambutan-minggu-perpaduan-2024-peringkat-kebangsaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:01 MYT
Johor Bahru, 25 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Padang Akasia dan Begonia, Plaza Angsana Mall, di sini.

Majlis anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, ketibaan Dato' Seri Anwar kira-kira jam 8 malam disambut lautan pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk turut sama menyaksikan perasmian program tersebut.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Berucap dalam perasmian tadi, Dato' Seri Anwar berkata, program sebegini perlu dimulakan dari peringkat sekolah bagi menanam sikap toleransi, hormat-menghormati dan meraikan kepelbagaian kaum serta budaya yang terdapat di negara ini dalam kalangan generasi muda.

Sambutan Minggu Perpaduan yang bermula dari 23 hingga 26 Mei itu merupakan sambutan kali kedua setelah kali pertama diadakan dengan jayanya di Kuching, Sarawak pada tahun lalu.

Selain menjadi wadah perpaduan, penganjuran program tersebut bertujuan menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan menyebar luas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat serta budaya dalam masyarakat Malaysia.

Program berkenaan menawarkan pelbagai pengisian akitiviti menarik dan interaktif kepada para pengunjung seperti pameran Rumah KAMI (22 rumah etnik), jualan produk-produk, permainan e-sport dan pameran jabatan dan agensi kerajaan serta swasta.

Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik mengambil bahagian dengan menawarkan pengurangan kompaun bagi saman-saman trafik terpilih serta pameran aset-aset kenderaan yang digunakan semasa dalam penugasan.

Sebelum meninggalkan majlis, Dato' Seri Anwar sempat melawat ke reruai yang mengambil bahagian termasuk ruang pameran perkampungan Orang Asli dan perkampungan rumah panjang suku kaum Iban.

Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' Dr. Johari Abdul, Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Hj. Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Tuan Raven Kumar Krishnasamy, Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu, para pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pengamal media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of 1 person, dais and text
May be an image of 5 people and dais

May be an image of ‎7 people, dais and ‎text that says '‎ליסו KE da Majlis Perasmian Disempurnakan oleh: YAB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM PE

May be an image of 7 people and crowd


ArtikelDiterbitkan 25 May 2024 6.15 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.11 PM