Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2024

Diterbitkan: 25 May 2024 7.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.11 PM
Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-perasmian-sambutan-hari-landskap-negara-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:45 MYT
Shah Alam, 25 Mei 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2024 yang berlangsung di Taman Tasik Shah Alam di sini, pagi tadi.

Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Terdahulu, keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda telah disambut Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tuan Ng Kor Ming.

Membawa tema, "Industri Landskap Pemacu Pembangunan MADANI", sambutan Hari Landskap Negara bagi tahun ini merupakan anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sambutan Hari Landskap Negara adalah bertujuan meningkatkan kualiti pembangunan landskap negara dengan mewujudkan kesedaran, menarik minat dan pengetahuan semua pihak berkaitan landskap serta persekitaran.

Selain pertandingan landskap melibatkan pihak-pihak berkuasa tempatan, sambutan yang berlangsung selama 10 hari, bermula dari 24 Mei hingga 2 Jun itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik khas buat para pengunjung yang hadir.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim.


May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 4 people and batik-print clothing

May be an image of 5 people and dais

May be an image of 7 people, lighting, indoors and dais

May be an image of 9 people and batik-print clothing

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 11 people

May be an image of 10 people, table, flower, dais and text that says 'Drula! DaulatTuanka rиaTKp KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUK BAGINDA YANG DI-P

May be an image of 10 people, table, dais and text that says 'Daulat Tuank KEBAWAH DULI YANG SERI PADUKA BAGINDA YANG SULTAN IBRA MAJLIS SAM HARI LANDSKAP

ArtikelDiterbitkan 25 May 2024 7.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.11 PM