Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Majlis Perasmian Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2024

Published: 30 Jul 2024 12.32 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 30 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Sambutan Bulan Keselamatan Negara bagi tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-perasmian-sambutan-bulan-keselamatan-negara-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:59 MYT

Putrajaya, 30 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Sambutan Bulan Keselamatan Negara bagi tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau sekitar jam 8.30 pagi telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), CP Dato’ Hj. Baharuddin Hj. Ahmad dan Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Hj. Abdul Aziz.

Majlis anjuran MKN itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama mengiringi PM tadi ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ketua Pengarah Keselamatan Negara selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Yang Mulia Raja Dato' Nushirwan Zainal Abidin.

Sambutan Bulan Keselamatan Negara yang diadakan pada bulan Julai setiap tahun adalah bersempena penubuhan MKN pada 7 Julai 1971 dan merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi menyeru rakyat Malaysia agar sama-sama memelihara keselamatan dan keamanan negara, seiring tema tahun ini “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”.

Dalam majlis tadi, para hadirin turut berpeluang menyaksikan beberapa reruai pameran agensi keselamatan daripada pelbagai jabatan dalam Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Turut berlangsung dalam majlis sama tadi adalah Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Keselamatan Siber NASCA 2024.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman, Duta-duta dan perwakilan asing ke Malaysia, barisan ketua agensi kerajaan, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Ketua Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia KPN, SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy serta rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 3 people and text

May be an image of ‎10 people, dais and ‎text that says '‎BUCAN AMATAN ARA 2024 ABANGSA PUTRAJAYA SELASA, 30 -ញ Dirasmikan oleh: 2024 SERI ANWAR BI

May be an image of 5 people, crowd and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of 10 people

May be an image of 5 people

May be an image of 2 people, wedding and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text that says 'JABATAN PERDANA PERDANAMENTE MENTERI MAJUS ESELAMATAN NEGARA PELUNCURAN INDEKS KESELAMATAN KEBANGSAAN LFi B


ArticlePublished 30 Jul 2024 12.32 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM