
Artikel
Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Kelab Bola Sepak Pdrm
Kuala Lumpur, 30 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripad...
Kuala Lumpur, 30 Julai 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) yang diketuai oleh Ahli Lembaga Pengarah PDRM FC, Encik Mohammad Farid Mohamed Yunus di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Hadir sama, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan Setiausaha Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintendan Bibiana Ng Tei Chin.
Jurugambar: PDRM RMP TV