Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Majlis Peluncuran Naio Di Mitec

Published: 12 Dec 2024 7.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Peluncuran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-peluncuran-naio-di-mitec
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:13 MYT
Kuala Lumpur, 12 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Peluncuran Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Ketibaan Tan Sri Razarudin di dewan tersebut kira-kira jam 9.00 pagi telah disambut oleh Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah.

NAIO yang telah mendapat kelulusan penubuhan daripada kabinet pada 28 Ogos lalu, merupakan sebuah inisiatif di bawah Kementerian Digital yang ditugaskan untuk mengkaji keperluan menaik taraf undang-undang sedia ada atau menggubal undang-undang baharu berkaitan teknologi kecerdasan buatan dan teknologi baharu lain.

Selain mendengar ucapan dan amanat daripada Dato' Seri Anwar, Tan Sri Razarudin bersama tetamu jemputan yang lain turut disajikan dengan tayangan montaj khas yang memaparkan pelan strategik disamping gimik pelancaran NAIO 2024.

Hadir sama, barisan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, barisan pegawai kanan kerajaan dan pegawai kedutaan asing serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

Kpn Hadir Majlis Peluncuran Naio Di Mitec

Kpn Hadir Majlis Peluncuran Naio Di Mitec

Kpn Hadir Majlis Peluncuran Naio Di Mitec

Kpn Hadir Majlis Peluncuran Naio Di Mitec

Kpn Hadir Majlis Peluncuran Naio Di Mitec
 
ArticlePublished 12 Dec 2024 7.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM