
Artikel
Kpn Hadir Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia Madani
Putrajaya, 5 Jun 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI d...
Putrajaya, 5 Jun 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini, petang tadi.
Majlis anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir mengiringi Dato' Seri Anwar ialah Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof bersama Ketua Pengarah AKM, Encik Hj. Mohd Haswandi Hj. Ahmad selaku pengerusi jawatankuasa penganjur.
Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI antaranya bertujuan memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia dengan mensasarkan beberapa kumpulan peserta dari segenap lapisan masyarakat.
Majlis petang tadi dimulakan dengan ucaptama daripada Dato' Seri Anwar sebelum diteruskan dengan gimik peluncuran Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI.
Hadir sama, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, SAC Muhammad Idzam Dato’ Hj. Jaafar, Ketua-ketua Pengarah Jabatan, wakil jabatan dan agensi kerajaan serta rakan media.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.