Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani

Diterbitkan: 27 Jul 2023 5.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 27 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menghadiri Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani di Dewan Persidangan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-peluncuran-memperkasa-ekonomi-madani
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:38 MYT

Kuala Lumpur, 27 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menghadiri Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani di Dewan Persidangan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini pagi tadi.

Majlis yang bertemakan “Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat" itu disempurnakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucaptamanya, Dato' Seri Anwar menyatakan komitmen kerajaan untuk memperkasa ekonomi rakyat sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martarbat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.

Seusai ucapan dan penyerahan risalah Ekonomi Madani sebagai gimik majlis, acara diteruskan dengan tayangan video Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat yang merupakan pengemudian serta pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet serta Ketua-ketua agensi Kerajaan Persekutuan.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 6 people, crowd and text

May be an image of 4 people, newsroom, dais and text that says 'MADANI'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of ‎8 people, dais and ‎text that says '‎ه 山 MADA NI EKONG MI Memperkasa gu sat BDRM RD EKONOMI MADANI Memperkasa Rakyat‎'

May be an image of 1 person, crowd and text

May be an image of 5 people, crowd, dais and text

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 8 people and text


ArtikelDiterbitkan 27 Jul 2023 5.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM