
Article
Kpn Hadir Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani
Kuala Lumpur, 27 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menghadiri Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani di Dewan Pe...
Kuala Lumpur, 27 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menghadiri Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani di Dewan Persidangan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di sini pagi tadi.
Majlis yang bertemakan “Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat" itu disempurnakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Seusai ucapan dan penyerahan risalah Ekonomi Madani sebagai gimik majlis, acara diteruskan dengan tayangan video Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat yang merupakan pengemudian serta pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet serta Ketua-ketua agensi Kerajaan Persekutuan.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid










