
Artikel
Kpn Hadir Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pertahanan Awam 2023
Kuala Lumpur, 7 Mac 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Pertahanan Awam...
Kuala Lumpur, 7 Mac 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Pertahanan Awam Tahun 2023 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Dalam majlis tersebut, Dato’ Seri Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan barisan wira negara yang terdiri daripada anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam misi kemanusiaan dan bencana Turkiye pada awal Februari lalu.
Turut hadir ialah barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Wakil Kedutaan Republik Turkiye di Malaysia, H.E Emir Salim Yüksel, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Hj. Ahmad mewakili Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ketua Pesuruhjaya APM, KPj. Pertahanan Awam Aminurrahim Mohamed serta Ketua-ketua Jabatan Persekutuan.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.







