
Artikel
Kpn Hadir Majlis Pelancaran Hari Wanita Antarabangsa 2023
Kuala Lumpur, 8 Mac 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah menghadiri Majlis Pelancaran Hari Wanita Antarabang...
Kuala Lumpur, 8 Mac 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini telah menghadiri Majlis Pelancaran Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2023 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak di sini, hari ini.
Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini juga disambut di seluruh dunia pada 8 Mac setiap tahun.
Dalam majlis tersebut, Dato’ Seri Anwar berbesar hati menyampaikan Anugerah KASIH Wanita kepada lima orang penerima yang terpilih.
Turut hadir ialah isteri PM, Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Hjh. Nancy Shukri, Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Dr. Zulkapli Mohamed.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.