Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Majlis Khutbah Khas Dan Solat Jumaat Sempena Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke 17

Diterbitkan: 19 Jul 2024 8.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 19 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia mengimarahkan Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 yang bakal berlangsung esok.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-khutbah-khas-dan-solat-jumaat-sempena-istiadat-pertabalan-yang-di-pertuan-agong-ke-17
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:02 MYT
Kuala Lumpur, 19 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia mengimarahkan Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 yang bakal berlangsung esok.

Berangkat bercemar duli ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Yusof.

Khutbah khas bertajuk “Raja Ditaati, Negara Dirahmati” dan solat Jumaat tadi telah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni dengan dibantu Ustaz Mohamed Shukri Che Soh selaku muazzin/bilal.

Intipati khutbah menyentuh mengenai Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang sangat signifikan kerana ia lambang kepada sistem raja berperlembagaan di Malaysia dan menjulang tinggi kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai payung negara.

Selain itu, sebagai rakyat, kita hendaklah menumpahkan taat setia kepada Baginda selaras dengan ikrar Rukun Negara yang telah dilafazkan.

Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan warga PDRM.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Byranlie Mustin

May be an image of 5 people and text

May be an image of 12 people and dais

May be an image of 12 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 12 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2024 8.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM