Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Segera Tambah Anggota Jsjk Tangani Jenayah Siber Yang Semakin Kompleks Kpn

Diterbitkan: 19 Jul 2024 7.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 19 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mahu cadangan menambah anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) disegerakan susulan trend jenayah siber yang semakin canggih dan kompleks.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-segera-tambah-anggota-jsjk-tangani-jenayah-siber-yang-semakin-kompleks-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:16 MYT
Kuala Lumpur, 19 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mahu cadangan menambah anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) disegerakan susulan trend jenayah siber yang semakin canggih dan kompleks.

Menurutnya, beliau mahu Jabatan Pengurusan meneliti dan menyegerakan cadangan menambah keanggotaan JSJK.
"Melihat kepada trend jenayah siber yang semakin canggih dan kompleks, saya melihat keperluan ini adalah amat mendesak bagi kita memperkasakan JSJK dalam memberikan perkhidmatan kepolisan yang terbaik.

"Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar Jabatan Pengurusan dapat mencapai sasaran pengambilan yang ditetapkan sebelum akhir tahun ini.

"Saya juga meletakkan sepenuh keyakinan kepada Jabatan Pengurusan atas usaha-usaha yang dilakukan bagi memastikan setiap modul latihan adalah relevan untuk keperluan tugas semasa, sekali gus melahirkan warga baharu Polis Diraja Malaysia yang kompeten dan berintegriti," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../segera-tambah-anggota-jsjk...
Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Segera Tambah Anggota Jsjk Tangani Jenayah Siber Yang Semakin Kompleks Kpn
ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2024 7.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM