Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Majlis Berbuka Puasa Jabatan Kdnka Di Briged Tengah

Published: 29 Mar 2024 5.09 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cheras, 29 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) di Masjid Al-Amin, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-berbuka-puasa-jabatan-kdnka-di-briged-tengah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT
Cheras, 29 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) di Masjid Al-Amin, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, petang tadi.

Ketibaan Tan Sri Razarudin sekitar jam 6.30 petang telah disambut oleh Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Sri Kamarudin Md Din dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Johariah Urib Mohd Ariffin.

Beliau kemudiannya melangsungkan sidang media bagi memaklumkan kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan suspek dengan senjata api yang boleh mengancam keselamatan negara pada Rabu lepas.

Sementara menunggu waktu berbuka, Tan Sri Razarudin bersama para Jemaah menyertai bacaan tahlil ringkas dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Zakariyya Mohd Zainal dari Bahagian Agama dan Kaunseling PGA sebelum menunaikan solat fardhu Maghrib serta menikmati juadah berbuka puasa disediakan.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin sempat beramah mesra bersama warga Briged Tengah dan seterusnya menunaikan solat fardhu Isyak dan solat sunat Tarawih yang dipimpin oleh pesara Sub Inspektor Che Ismail Che Min.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin berbesar hati menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan biskut raya kepada 40 anak yatim dari Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi bagi meringankan beban serta persediaan menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, barisan Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman bersama isteri, barisan Komander Pasukan, para Pegawai Kanan PDRM serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 11 people and dais

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 8 people and dais

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 7 people, dais and text that says 'Anjuran NES DIR W BAKUL RAHMAH KASAYAN SUMBANGAN KAR KERAJAAN PERPADUAN MALAYSIA MADANI PDRA'

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people and headscarf

May be an image of 14 people and dais

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 29 Mar 2024 5.09 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM