
Artikel
Kpn Hadir Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong
Ketibaan beliau bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Seri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose disambut oleh Pengarah Jabatan Kesel...
Kuala Lumpur, 21 Mei 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berlangsung di Masjid Negara, di sini, petang tadi.
Ketibaan beliau bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Seri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj. Malek Razak Sulaiman.
Tertib majlis dimulakan dengan bacaan surah yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Hasan Alfadhli Abd Rahman sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan buat baginda dan kesejahteraan negara.
Turut hadir ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, barisan Timbalan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM), ketua-ketua jabatan, wakil agensi kerajaan serta warga PDRM.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery