
Artikel
#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Tiara Din atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Bahagian S...
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Tiara Din atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang membantu seorang individu mengalami kerosakan kenderaan di Jalan Travers, Kuala Lumpur, semalam.
Kedua-dua anggota terlibat telah membantu mengawal lalu lintas di jalan tersebut bagi memastikan keadaan pengguna jalan raya lain selamat dan jalan lancar.
Semoga segala usaha murni terus dihargai dan menjadi inspirasi kepada warga PDRM yang lain dalam memastikan keselamatan masyarakat terjamin.
Sumber video: Facebook Tiara Din

