Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Majlis Apresiasi Eaic Bersama Agensi Penguatkuasaan Seliaan

Diterbitkan: 01 Apr 2022 11.56 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.37 PM
Putrajaya, 1 April 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah menghadiri Majlis Apresiasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Bersama Agensi Penguatkuasaan Seliaan yang diadakan di Putra Hall A1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-majlis-apresiasi-eaic-bersama-agensi-penguatkuasaan-seliaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:23 MYT
Putrajaya, 1 April 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah menghadiri Majlis Apresiasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Bersama Agensi Penguatkuasaan Seliaan yang diadakan di Putra Hall A1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Berucap dalam majlis tersebut, Pengerusi EAIC, Tan Sri Sidek Hassan berkata, majlis yang diadakan bukan sahaja untuk EAIC tetapi sebagai apresiasi kepada agensi penguatkuasaan yang selama ini telah menzahirkan komitmen dalam membudayakan amalan tadbir urus berintegriti bersama-sama, sejak EAIC ditubuhkan.

Turut berlangsung dalam majlis tersebut adalah Majlis Penyampaian Memento Penghargaan daripada EAIC yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia di atas inisiatif, komitment, dedikasi dan kerjasama yang ditunjukkan.

Hadir sama dalam majlis tersebut Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Moh Salleh, Ketua Pesurujaya Jabatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Razdi, Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Penerangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Seri Dr Yusof Ismail dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Firuz Khan

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'PENYAMPAIAN MEMENTO PENGHARGAAN INTEGRITI'

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 1 person

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 13 people, people standing and text that says 'NTEGRITI MAJLIS APRESIASI SURUHAN NTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN AGENSI EN
ArtikelDiterbitkan 01 Apr 2022 11.56 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.37 PM