Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Khutbah Khas Dan Solat Jumaat Sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong

Diterbitkan: 02 Jun 2023 8.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Jun 2023 – Bersempena Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2023, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Masjid Negara, Kuala Lumpur bagi mendengar khutbah khas dan menunaikan Solat Jumaat, tengah hari tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-khutbah-khas-dan-solat-jumaat-sempena-hari-keputeraan-yang-di-pertuan-agong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:53 MYT
Kuala Lumpur, 2 Jun 2023 – Bersempena Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2023, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Masjid Negara, Kuala Lumpur bagi mendengar khutbah khas dan menunaikan Solat Jumaat, tengah hari tadi.

Majlis khas yang diadakan itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar yang disambut oleh Tan Sri Acryl Sani bersama sebahagian warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Khutbah yang bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Di Bawah Naungan Ilahi” telah disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Mohd Nadzri Mustakim merangkap Imam dan Khatib Solat Jumaat pada hari ini.

Antara intipati khutbah yang disampaikan tadi, khatib menzahirkan rasa syukur dikurniakan Baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang telah menunjukkan kebijaksanaan dan keadilan dalam mengurus tadbir serta menyelesaikan pelbagai isu yang berlaku dalam negara. Sebagai rakyat Malaysia adalah menjadi tanggungjawab untuk menumpahkan seluruh ketaatan kepada Baginda kerana ia juga termasuk salah satu perintah agama yang termaktub di dalam kitab suci al-Quran.

Turut hadir, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM dan rakan-rakan media.

Jurugambar: Kopera Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 7 people

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 4 people, temple and dais

May be an image of 2 people, crowd and text

May be an image of 1 person, dais and text that says 'PDRM'
ArtikelDiterbitkan 02 Jun 2023 8.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM