Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Ke Perasmian Jajaran Jalan Baharu Icqs Bukit Kayu Hitam Ciq Sadao

Diterbitkan: 10 Jul 2026 2.51 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.51 PM
Bukit Kayu Hitam, 10 Julai 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Pahlawan Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini hadir ke Majlis Perasmian Jajaran Jalan Baharu yang menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-ke-perasmian-jajaran-jalan-baharu-icqs-bukit-kayu-hitam-ciq-sadao
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:56 MYT

Bukit Kayu Hitam, 10 Julai 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Pahlawan Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini hadir ke Majlis Perasmian Jajaran Jalan Baharu yang menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh kerjasama keselamatan sempadan Malaysia–Thailand selaras dengan pembangunan infrastruktur rentas sempadan yang lebih moden, cekap dan strategik.

Majlis bersejarah itu menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Thailand, H.E. Mr. Anutin Charnvirakul, menyempurnakan plak perasmian sebagai simbolik pembukaan jajaran jalan baharu yang menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao.

Terdahulu, KPN turut menghadiri Mesyuarat Pre-Council yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Anwar bersama barisan kepimpinan kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan bagi membincangkan perkembangan projek-projek ekonomi rentas sempadan.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Polis Kedah, CP Datuk Adzli Abu Shah dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2026 2.51 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.51 PM