Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Ke Majlis Peluncuran Pikas 2030

Published: 09 Sep 2024 9.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cyberjaya, 9 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) 2030 yang diadakan di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-ke-majlis-peluncuran-pikas-2030
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:36 MYT
Cyberjaya, 9 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi undangan ke Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) 2030 yang diadakan di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia di sini, pagi tadi.

Tan Sri Razarudin yang tiba pada jam 10.45 pagi tadi disambut oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan bersama Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim sambil diapit oleh Timbalannya merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Fadillah Yusof.

PIKAS 2030 merupakan satu inisiatif bersepadu yang telah ditambah baik dalam mengukuhkan tatakelola serta pengurusan projek yang dilaksanakan melalui pendekatan kerjasama awam dan swasta. Matlamat pelan itu bagi menyediakan landskap Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership - PPP) yang teguh dan mampan dalam memacu kesejahteraan negara.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah gimik peluncuran PIKAS yang disempurnakan oleh Dato' Seri Anwar.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Tuan Muhammad Razman Abu Samah, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato’ Roze Shaari, barisan jemaah menteri serta barisan Ketua Jabatan Agensi Kerajaan.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 2 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of dais and text

ArticlePublished 09 Sep 2024 9.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM