
Artikel
Kpn Hadir Sambutan Jubli Perak Hari Suhakam Ke 25 Tahun
Kuala Lumpur, 9 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak Hari SUHAKA...
Kuala Lumpur, 9 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak Hari SUHAKAM Ke-25 yang diadakan di Kuala Lumpur Sentral, dekat sini.
Majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Othman Said.
Tan Sri Razarudin yang tiba pada jam 2.00 petang tadi disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus bersama Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.
Majlis yang bertemakan ‘25 Tahun Memperjuangkan Hak Asasi Manusia dan Keadilan Untuk Semua’ tadi turut memaparkan tayangan video korporat 25 tahun SUHAKAM di samping pelancaran logo 25 tahun suruhanjaya itu oleh Dato’ Seri Anwar.
Seusai majlis pelancaran, Tan Sri Razarudin bersama tetamu kehormat dan jemputan lain turut bersama melawat reruai pameran yang telah disediakan.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Ahmad Firdaus Mustafa Kamal, barisan pegawai kanan polis serta rakan media.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery