
Artikel
Kpn Hadir Istiadat Persembah Darjah Kebesaran Persekutuan Kepada Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kuala Lumpur, 5 Jun 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Istiadat Persembahkan Darjah Kebesaran Persekutuan kepada Kebawah Dul...
Kuala Lumpur, 5 Jun 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Istiadat Persembahkan Darjah Kebesaran Persekutuan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Istana Negara, di sini, pagi tadi.
Dalam istiadat tersebut, Sultan Ibrahim berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.) oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Manakala Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pula dipersembahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) juga oleh Dato' Seri Anwar.
D.K.M. dipersembahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong, manakala D.M.N. pula dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang ditabalkan menjadi Sultan dan Raja di negerinya serta orang-orang yang paling dihormati.
Turut hadir, kedua-dua Timbalan PM, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab Rahman.
Sumber gambar: Istana Negara