Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke 15

Published: 03 Feb 2025 8.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 3 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 yang berlangsung di Bangunan Parlimen, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-istiadat-pembukaan-penggal-keempat-majlis-parlimen-ke-15
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:33 MYT
Kuala Lumpur, 3 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 yang berlangsung di Bangunan Parlimen, di sini, pagi tadi.

Berangkat mencemar duli menyempurnakan istiadat ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Dewan Rakyat disambut oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' (Dr.) Johari Abdul dan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah.

Turut menghadiri istiadat tersebut ialah Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama kedua-dua Timbalan PM, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof, barisan jemaah menteri serta ketua-ketua perwakilan asing.

Dalam titahnya, Seri Paduka Baginda menyentuh pelbagai perkara penting termasuk soal pembangunan negara, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kerjasama semua pihak dalam memastikan negara bersih dan selamat sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, di samping menasihatkan masyarakat untuk sentiasa berhati-hati agar tidak terlibat dengan jenayah penipuan.

Seusai istiadat, Tan Sri Razarudin kemudiannya menghadiri Perjumpaan Bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah dekat Bilik Mesyuarat Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman dan Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman serta barisan pegawai kanan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz

May be an image of 13 people

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 2 people, dais and text that says 'GU GULH LHWLN LN'

May be an image of 6 people and text
ArticlePublished 03 Feb 2025 8.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM