Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Himpunan 24k Huffaz Malaysia Bersama Ribuan Rakyat Malaysia

Diterbitkan: 14 Sep 2024 3.34 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 14 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi bersama-sama dengan ribuan rakyat Malaysia menghadiri Himpunan 24K Huffaz Malaysia yang berlangsung dekat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-himpunan-24k-huffaz-malaysia-bersama-ribuan-rakyat-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:09 MYT
 
Kuala Lumpur, 14 September 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi bersama-sama dengan ribuan rakyat Malaysia menghadiri Himpunan 24K Huffaz Malaysia yang berlangsung dekat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini.

Himpunan bertemakan ‘Huffaz Tonggak Modal Insan Negara’ tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bertujuan memartabatkan al-Quran dalam kalangan masyarakat selain mencipta platform yang mampu mengukuhkan silaturahim antara para huffaz di seluruh negara.

Seramai 24,000 ahli al-Quran terdiri daripada para pelajar dan guru tahfiz serta alim ulama dari 1,500 buah madrasah tahfiz al-Quran yang bernaung di bawah Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) telah berjaya dikumpulkan.

Terdahulu, ribuan yang hadir malam tadi telah menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam Kanan, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Al-Fadhil Ustaz Dr. Khalid Isa sebelum disusuli dengan ucapan perasmian oleh Dato’ Seri Anwar.

Sejurus selesai, majlis diteruskan dengan pelancaran Waqaf Al-Quran Mushaf Huffaz dengan simbolik pengagihan penyerahan sebanyak 24,000 naskhah mushaf oleh Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Presiden PINTA, Al-Fadhil Ustaz Mohd Zahid Mahmood.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Razarudin berbesar hati mengiringi Dato’ Seri Anwar bersama Dato’ Seri Dr. Ahmad menyampaikan anugerah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang merangkap Pengarah Urusan Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Dato’ Indera Mahmud Mohd Nawawi dan guru Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah, Pahang, Al-Fadhil Ustaz Mohd Zawawi Ibrahim yang masing-masing diumumkan sebagai Anugerah Kecemerlangan Institusi Tahfiz Dalam Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2023.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Mohd Na'im Mokhtar, Ketua-ketua agensi Persekutuan dan swasta serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 1 person

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 14 Sep 2024 3.34 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM