Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Flag Off Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke Johor

Diterbitkan: 21 Mar 2023 5.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Putrajaya, 21 Mac 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menghadiri Majlis Pelepasan (Flag Off) Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir ke Johor, di Bulatan Putra Perdana, di sini, pagi tadi. Majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu merupakan inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam dengan bantuan Angkatan Pertahanan Pertahanan Awam Mala
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-flag-off-pasukan-sukarelawan-penjawat-awam-pasca-banjir-ke-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:24 MYT
Putrajaya, 21 Mac 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menghadiri Majlis Pelepasan (Flag Off) Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir ke Johor, di Bulatan Putra Perdana, di sini, pagi tadi.

Majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu merupakan inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam dengan bantuan Angkatan Pertahanan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara dalam mengatur gerak pasukan sukarelawan pasca banjir dari semua kementerian untuk membantu usaha pemulihan banjir khususnya di negeri Johor.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali bersama timbalannya, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Dr. Zulkapli Mohamed serta Ketua-ketua Jabatan Persekutuan.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

Kpn Hadir Flag Off Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke JohorKpn Hadir Flag Off Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke JohorKpn Hadir Flag Off Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke JohorKpn Hadir Flag Off Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke JohorKpn Hadir Flag Off Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke JohorKpn Hadir Flag Off Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke JohorKpn Hadir Flag Off Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke JohorKpn Hadir Flag Off Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Pasca Banjir Ke Johor
ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2023 5.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM