
Artikel
KPN HADIR DI ISTANA NEGARA SEMPENA MESYUARAT MRR YANG KE-267
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir di Istana Negara, di sini hari ini sempena berlangsungnya Mesyuarat...
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir di Istana Negara, di sini hari ini sempena berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-raja (MRR) Yang Ke-267.
Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong merangkap Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Kali terakhir Mesyuarat MRR diadakan adalah pada 17 Julai lalu yang dipengerusikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Turut sama hadir ialah Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, ACP Mazlan Ismail.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin