Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Hadir Di Istana Negara Sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja Yang Ke 268

Published: 05 Feb 2025 10.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 5 Februari 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang bermula hari ini di Istana Negara. Berangkat bercemar duli ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-di-istana-negara-sempena-mesyuarat-majlis-raja-raja-yang-ke-268
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:13 MYT
 
Kuala Lumpur, 5 Februari 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang bermula hari ini di Istana Negara.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu dipengerusikan oleh Sultan Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali terakhir diadakan pada 23 Oktober 2024, yang ketika itu dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong merangkap Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Turut sama hadir ialah Peguam Negara, Dato' Mohd Dusuki Mokhtar, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Hj. Jaffar, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, ACP Mazlan Ismail.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi, Istana Negara dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN)

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 1 person, candle holder, lighting, flower and dais

May be an image of 12 people, the Oval Office and dais

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text


ArticlePublished 05 Feb 2025 10.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM