
Article
Kpn Hadir Anugerah Kreatif 2022 Jabatan Penjara Malaysia
Sepang, 30 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani malam tadi hadir ke Anugerah Kreatif, Tenun Pahang Diraja, Songket,...
Sepang, 30 Oktober 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani malam tadi hadir ke Anugerah Kreatif, Tenun Pahang Diraja, Songket, Batik dan Kraf Tahun 2022 anjuran Jabatan Penjara Malaysia (PRIDE) bertempat di Movenpick Hotel and Convention Centre dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini.
Anugerah tersebut merupakan platform PRIDE dalam memperkasakan warisan seni negara melalui program pemulihan yang dilaksanakan dalam komuniti penjara.
Hadir sama dalam majlis yang berlangsung di Dewan Mentari itu ialah Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato' Hj. Nordin Hj. Muhamad, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa dan Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam.
Jurugambar: Inspektor Amir Safwan Abdul Radzi, Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.