Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dilantik Sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains Teknologi Ukm

Diterbitkan: 13 Dec 2024 2.19 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bangi, 13 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini secara rasmi dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Sains Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Syarahan Profesor Adjung di Dewan Auditorium Pusat Permata Pintar, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dilantik-sebagai-profesor-adjung-fakulti-sains-teknologi-ukm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:13 MYT

Bangi, 13 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini secara rasmi dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Sains Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Syarahan Profesor Adjung di Dewan Auditorium Pusat Permata Pintar, petang tadi.

Majlis penyerahan watikah pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pendidikan dan Inovasi) UKM, Profesor Dato' Dr. Wan Kamal Mujani.

Majlis turut dihadiri Profesor Kimia Takorganik, FST UKM merangkap Ketua Projek bagi usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan UKM, Dato’ Dr. ChM. Mohammad Kassim bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin.

Pelantikan Tan Sri Razarudin sebagai Profesor Adjung di fakulti tersebut adalah sebagai penghormatan tertinggi UKM terhadap kepakaran, pengalaman dan sumbangan beliau dalam bidang kepolisan, keselamatan negara serta ketenteraman awam.

Tan Sri Razarudin yang memegang jawatan KPN sejak Jun 2023, merupakan alumni UKM dan pernah dianugerahkan sebagai graduan terbaik dalam Program Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan pada tahun 2011.

Menurut Profesor Dato' Dr. Wan Kamal, pelantikan Tan Sri Razarudin bukan sahaja mengiktiraf pencapaian cemerlang beliau, tetapi juga mewujudkan peluang besar untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara akademia dan sektor kepolisan.

Dalam majlis itu, Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyampaikan syarahan bertajuk "Menangani Cabaran Narkotik dan Bahan Psikoaktif Baharu (NPS): Sains dan Teknologi Sebagai Senjata dan Force Multiplier", di mana ia menekankan mengenai hala tuju kerjasama PDRM, khususnya melalui JSJN yang melibatkan beberapa aspek berbeza iaitu asal usul bahan narkotik, khususnya NPS yang dikesan secara forensik dan memahami dos serta kesan ketagihan NPS.

Selain itu, ia juga bagi mewujudkan sistem maklumat forensik molekul bagi NPS, membolehkan NPS dikesan dan dikenalpasti dengan mudah di lapangan dan mengesan kehadiran bahan narkotik, khususnya NPS pada sampel air kumbahan.

Tan Sri Razarudin turut berharap agar kerjasama PDRM dengan UKM dapat dieratkan lagi dengan penglibatan semua jabatan serta agensi yang berkaitan bagi membanteras jenayah narkotik yang sedang membimbangkan.

Seusai itu, majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Profesional oleh Dato' Seri Khaw dengan disaksikan Profesor Dato' Dr. Wan Kamal dan Dekan FST, Profesor ChM. Dr. Ishak Ahmad kepada 151 peserta yang terdiri daripada warga Pasukan selepas mereka berjaya menamatkan Kursus Prosedur Operasi Standard Siasatan Tempat Kejadian Kes Bahan Psikoaktif, anjuran FST UKM yang diadakan pada 23 September sehingga 23 Oktober lalu.

Sebelum berakhir, Tan Sri Razarudin turut menyempurnakan Majlis Peluncuran Bar Perkhidmatan Khas bersempena pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung, yang menggabungkan warna khas mewakili KPN dan UKM bagi reben tersebut.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, pegawai kanan PDRM dan ahli akademik UKM.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of crowd and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 10 people, dais and text


ArtikelDiterbitkan 13 Dec 2024 2.19 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM