Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dikurnia Pingat Jasa Gemilang Daripada Kerajaan Republik Singapura

Published: 18 Aug 2025 1.08 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah dikurniakan Pingat Jasa Gemilang (Meritorious Service Medal) oleh Kerajaan Republik Singapura sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau semasa menjawat jawatan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pejabat Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dikurnia-pingat-jasa-gemilang-daripada-kerajaan-republik-singapura
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:39 MYT
Singapura, 18 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah dikurniakan Pingat Jasa Gemilang (Meritorious Service Medal) oleh Kerajaan Republik Singapura sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau semasa menjawat jawatan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pejabat Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Pengurniaan pingat tersebut disempurnakan oleh Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura, Tuan K Shanmugam sebagai penghargaan terhadap peranan dan komitmen beliau dalam memperkukuh hubungan kerjasama profesional antara Cawangan Khas Malaysia dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura yang telah menyumbang kepada keselamatan bersama Malaysia dan Singapura serta rantau ini.

Sempena lawatan rasmi itu, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Singapura, CP Hoong Wee Teck yang berlangsung di Ibu Pejabat Pasukan Polis Singapura (SPF), New Phoenix Park.

Beliau bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose dijangka hadir ke majlis makan malam yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Polis Singapura yang turut dihadiri para pegawai kanan SPF dan PDRM.

PDRM menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid atas penganugerahan tersebut yang mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kepimpinan, dedikasi serta jasa beliau dalam bidang keselamatan dan perisikan negara.

Hadir sama, Penolong Pengarah E3A, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Goh Saw Khim, ACP SLO Singapura, ACP Ruzaime Ramli dan ACP Perhubungan Antarabangsa, ACP Loh Pey Pey.

May be an image of 1 person, dais and text that says 'MAJULAH SINGAPURA Investiture of The P (The Meritor at Jasa Gemilang ce Medal) 18A 18 @HAK M PDRM

May be an image of 2 people, dais and text that says 'MAJULAH SINGAPURA SINGAP Investiture of (The M @HAK Pinga 5Se S Se S sa Gemilang edal) st 송 PDRM

May be an image of 2 people and text that says 'MAJULA IKCR 可四 GAPURA GAPURA Investiture of OfT T (The Merit a sa Gemilang mga Serv (edal) @HAK 18 PDRM

May be an image of 2 people and text that says 'MAJULAH SINGAPURA SINGAPU Investiture Investi (The e Pingat ous Servi Gemilang edal) ust 2 @HAK PDRM'

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and hospital

ArticlePublished 18 Aug 2025 1.08 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM