Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dikurnia Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor S P M S 20231211

Published: 11 Dec 2023 12.03 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Klang, 11 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran “Dato' Seri” di Balairung Seri Istana Alam Shah, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dikurnia-darjah-kebesaran-seri-paduka-mahkota-selangor-s-p-m-s-20231211
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:18 MYT

Klang, 11 Disember 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran “Dato' Seri” di Balairung Seri Istana Alam Shah, di sini.

Istiadat Penganugerahan / Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan itu diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-78 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Turut berangkat ke istiadat pagi tadi, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Dalam istiadat yang berlangsung, Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) kepada Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan yang membawa gelaran “Dato'”.

Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail dan isteri kepada Ketua Polis Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kuala Lumpur, Datin Dr. Kamariah Omar.

Manakala, KPD Shah Alam, ACP Hj. Mohd Iqbal Ibrahim pula adalah antara 13 penerima yang dikurniakan Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.).

Seramai 97 penerima hari ini dikurniakan pelbagai darjah dan bintang kebesaran selepas diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor.

Yang turut hadir, Ahli Kerabat Diraja Selangor, Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 3 people

May be an image of 7 people and dais

May be an image of 8 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 2 people, temple, dais and text that says '@HAK B'

May be an image of 6 people

May be an image of 4 people

May be an image of 5 people, barong, military uniform, dais, wedding and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people, wedding and dais

May be an image of 2 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 2 people and text


ArticlePublished 11 Dec 2023 12.03 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM