Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dikurnia Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara P M N

Published: 01 Jun 2026 10.22 AM Updated: 15 Aug 2026 6.47 PM
Kuala Lumpur, 1 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran "Tan Sri" oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Balairong Seri, Istana Negara, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dikurnia-darjah-kebesaran-panglima-mangku-negara-p-m-n
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT
 
Kuala Lumpur, 1 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran "Tan Sri" oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Balairong Seri, Istana Negara, di sini.

Pengurniaan tersebut adalah bersempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Baginda Tuanku.

Turut berangkat bercemar duli ke istiadat tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Darjah Kebesaran P.M.N. merupakan darjah kelas pertama bagi kurniaan “Tan Sri” dan dianugerahkan kepada individu yang memberikan sumbangan cemerlang serta jasa bakti besar kepada negara.

Turut sama menerima darjah kebesaran tersebut ialah Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Hj. Malek Razak Sulaiman dan Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor, Tan Sri Dr. Daing A. Malek Daing A. Rahaman.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Zaihairul Idrus dan Ketua Urus Setia Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, ACP Sukarno Mohd Zahari telah dikurniakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Bintang Kesatria Mangku Negara (K.M.N.).

Seramai 144 penerima terpilih hadir menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada tahun ini.

Istiadat penuh bersejarah itu turut dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, barisan jemaah menteri, mantan KPN, Tan Sri Razarudin Husain, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Fadil Hj. Marsus, para pegawai kerajaan dan kedutaan asing.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin.

Kpn Dikurnia Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara P M N

May be an image of dais and text that says 'ኢ) PDRM RM'

May be an image of one or more people, wedding, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of text

ArticlePublished 01 Jun 2026 10.22 AMUpdated 15 Aug 2026 6.47 PM