Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Timbalan Kpn Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Bukit Aman Bersama Warga Pdrm

Diterbitkan: 02 May 2022 7.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Mei 2022 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Dato' Razarudin Hussain hari ini menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman bersempena 1 Syawal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-timbalan-kpn-solat-sunat-aidilfitri-di-masjid-bukit-aman-bersama-warga-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:18 MYT
 
Kuala Lumpur, 2 Mei 2022 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Dato' Razarudin Hussain hari ini menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman bersempena 1 Syawal.

Ketibaan Tan Sri Acryl Sani dan isteri, Puan Sri Ir. Zaiton Mohd Isa bersama Dato' Razarudin dan Datin Zainah Othman di perkarangan masjid sekitar jam 8.30 pagi tadi disambut Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass serta Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus dan Kepolisan Am) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, SAC Afandi Senin.

Antara turut hadir ialah barisan Pengarah PDRM bersama isteri, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah, Ketua Lesen Pasukan, SAC Dzulkhairi Mukhtar dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.

Kedua-dua pucuk pimpinan PDRM itu kemudiannya bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) JIPS Bukit Aman merangkap khatib, SAC Hj. Ghazali Hj. Daud.

Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Tan Sri Acryl Sani bersama isteri bertolak ke Istana Negara, Jalan Duta bagi menghadiri jamuan negara sebelum singgah di Bilik Kawalan Istana Negara untuk beramah mesra dengan 40 warga PDRM yang bertugas di pagi Syawal diketuai oleh Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara, ACP Azani Omar.

Manakala di Markas Operasi Unit Tindakhas pula, Dato' Razarudin bersama isteri turut meluangkan masa hampir sejam meraikan Aidilfitri bersama warga unit elit Pasukan itu yang diketuai oleh komandernya, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Brianlie Mustin.

May be an image of 7 people, people sitting, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 15 people, people standing and indoor

May be an image of 14 people, people standing and outdoors

May be an image of indoor

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people sitting and indoor

May be an image of 2 people, people standing and headscarf

May be an image of 11 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 13 people, people standing and indoor

May be an image of 11 people, people standing and indoor

ArtikelDiterbitkan 02 May 2022 7.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM