Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Timbalan Kpn Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Tan Sri J J Raj Jr

Diterbitkan: 06 Nov 2021 10.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 6 November 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menghadiri majlis penghormatan terakhir bekas Pengarah Pengurusan, mendiang pesara CP Tan Sri Dato' Seri Sentosa Setia Diraja J.J Raj (Jr.) di Nirvana Memorial Park, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-timbalan-kpn-beri-penghormatan-terakhir-kepada-mendiang-tan-sri-j-j-raj-jr
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:32 MYT
 
Shah Alam, 6 November 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menghadiri majlis penghormatan terakhir bekas Pengarah Pengurusan, mendiang pesara CP Tan Sri Dato' Seri Sentosa Setia Diraja J.J Raj (Jr.) di Nirvana Memorial Park, di sini, petang tadi.

KPN yang tiba pada jam 3.00 petang meluangkan masa kira-kira 20 minit di pusat peringatan tersebut untuk menyantuni ahli keluarga mendiang.

Timbalannya, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim pula tiba bersama isteri, Datin Seri Hjh. Anizah Musa kira-kira jam 4.00 petang bagi memberi penghormatan terakhir dan meluangkan masa hampir setengah jam di situ.

Majlis penghormatan terakhir ke atas tokoh Polis Diraja Malaysia itu bermula jam 2.00 petang tadi yang dihadiri oleh ahli keluarga, rakan rapat mendiang dan warga Pasukan.

Hadir sama Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Tan Sri Dato' Ismail Che Rus, SAC Hal Ehwal Pesara, Jabatan Pengurusan, SAC Tuan Soaihaimi Rahim dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal.

Jurugambar: Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar dan Konstabel Bryanlie Mustin.

May be an image of 4 people and indoor

May be an image of one or more people, flower and indoor

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of one or more people, people standing, flower and indoor

ArtikelDiterbitkan 06 Nov 2021 10.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM