Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Timbalan Kpn Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi

Diterbitkan: 15 Apr 2025 12.01 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.05 PM
Kuala Lumpur, 15 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri majlis penghormatan terakhir Perdana Menteri (PM) ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi di Masjid Negara di sini, tengah hari tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-timbalan-kpn-beri-penghormatan-terakhir-kepada-allahyarham-tun-abdullah-hj-ahmad-badawi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:09 MYT
 
Kuala Lumpur, 15 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri majlis penghormatan terakhir Perdana Menteri (PM) ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi di Masjid Negara di sini, tengah hari tadi.

Proses menyempurnakan jenazah dengan Istiadat Pengebumian Negara yang dilaksanakan sepenuhnya di Masjid Negara, serta solat jenazah di Dewan Solat Utama yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni tadi turut dihadiri oleh PM, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk memberi penghormatan terakhir.

Selain ahli keluarga terdekat Allahyarham, turut kelihatan beberapa figura yang pernah menerajui negara memberi penghormatan terakhir antaranya Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Tan Sri Dato' Hj. Mahiaddin Hj. Md Yassin dan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Turut hadir, Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof, barisan jemaah menteri, bekas-bekas menteri kabinet dan barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta perwakilan kedutaan asing.

Seusai solat jenazah, Allahyarham telah diusung dengan penuh penghormatan oleh lapan pegawai kanan PDRM dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lengkap berpakaian istiadat sambil diiringi oleh Tan Sri Razarudin dan Dato' Sri Ayob Khan bersama barisan kepimpinan ATM untuk disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berusia 85 tahun telah meninggal dunia pada jam 7.10 malam semalam di Institut Jantung Negara akibat masalah pernafasan dan faktor usia. Semua bangunan di dalam radius dua kilometer daripada Masjid Negara diarah mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai istiadat pengebumian bagi memberi penghormatan buat tokoh negarawan itu.

Seluruh warga PDRM menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat-Nya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Hafizah

May be an image of 9 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 12 people

May be an image of 9 people and text




ArtikelDiterbitkan 15 Apr 2025 12.01 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.05 PM