Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Jsjk Bukit Aman

Published: 24 Jul 2023 5.38 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bertempat di Menara KPJ, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-timbalan-kpn-adakan-lawatan-kerja-rasmi-ke-jsjk-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:23 MYT
 
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bertempat di Menara KPJ, malam tadi.

Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf bersama sebahagian warga kerja JSJK.

Lawatan rasmi kedua-dua pucuk pimpinan ke JSJK itu adalah yang pertama sejak Tan Sri Razarudin dilantik menjadi KPN dan Datuk Seri Ayob Khan dilantik menjadi timbalannya pada 22 Jun lalu.

Majlis tersebut dimulakan dengan taklimat daripada Dato' Sri Ramli yang menyentuh mengenai fungsi-fungsi dan peranan JSJK serta kes-kes menarik perhatian yang terkini.

Dalam lawatan tadi, Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyampaikan amanat dan berdialog bersama para pegawai kanan dan pegawai rendah polis di Dewan JSJK, selain warga jabatan dari seluruh kontinjen melalui telesidang.

Antara perkara pokok yang ditekankan oleh beliau dalam ucapannya ialah dua fokus utama yang perlu digerakkan oleh seluruh jentera Pasukan demi memartabatkan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato' Rohaimi Md Isa, Timbalan Pengarah (Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik) JSJK Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammed Hasbullah Ali, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJK Bukit Aman, SAC Mohd Asmadi Yusoff, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) JSJK Bukit Aman, SAC Zaldino Zaludin serta para pegawai kanan JSJK.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 11 people and text
ArticlePublished 24 Jul 2023 5.38 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM