
Article
Kpn Dan Police Commisioner General Of Rtp Pengerusi Bersama Mesyuarat Tahunan Berhubung Jenayah Rentas Sempadan Di Bangkok
Mesyuarat tahunan yang dianjurkan secara bergilir di antara Polis Diraja Malaysia dengan RTP itu pada tahun ini dihoskan oleh tuan rumah dekat ibu kota negara...
Bangkok, 6 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi bersama rakan sejawatannya Police Commissioner General of Royal Thai Police (RTP), Police General Torsak Sukvimol mempengerusikan bersama dalam 27th Departmental Review of Joint Thailand-Malaysia Working Committee Meeting on Criminal Activities di Hotel Atheenee, di sini.
Mesyuarat tahunan yang dianjurkan secara bergilir di antara Polis Diraja Malaysia dengan RTP itu pada tahun ini dihoskan oleh tuan rumah dekat ibu kota negara Thailand.
Tujuan mesyuarat tahunan tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai isu yang dihadapi di antara kedua-dua negara berjiran dalam memerangi jenayah rentas sempadan selain mendapatkan kata sepakat dan hala tuju yang lebih jelas dalam bidang kepolisan.
Tan Sri Razarudin selaku ketua delegasi PDRM diapit oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin, Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh, Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Hj. Azizi Hj. Mat Aris, Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN, DCP Datuk Zainudin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Antarabangsa), SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.
Manakala Police General Torsak Sukvimol pula bersama dengan Police Lieutenant General Phakphumphiphat Sujjapan dan Major General Choochat Thareechat dari RTP.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Mohd Asmadi Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bukit Aman, SAC Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Komander Briged Utara, SAC Shahrum Hashim serta Komander Pasukan Polis Marin, SAC Norzaid Muhammad Said.





































