Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Serikan Majlis Iftar Bersama Mdn Perkukuh Nilai Murni Dan Ukhuwah

Diterbitkan: 24 Feb 2026 2.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 24 Februari 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose, hadir menyerikan majlis iftar bersempena Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN) Tahun 2026 di Kompleks Setia Perkasa, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-pengerusi-perkep-malaysia-serikan-majlis-iftar-bersama-mdn-perkukuh-nilai-murni-dan-ukhuwah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:27 MYT
 
Putrajaya, 24 Februari 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose, hadir menyerikan majlis iftar bersempena Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri (MDN) Tahun 2026 di Kompleks Setia Perkasa, di sini, semalam.

Majlis anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu merupakan platform memperkukuh ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga kementerian serta agensi di bawahnya, di samping menyemai serta menghayati nilai-nilai murni seperti integriti, amanah dan ihsan selaras dengan keberkatan bulan Ramadan.

Majlis yang diadakan menjadi lebih bermakna apabila MDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyantuni warga KDN dari meja ke meja ketika menyampaikan sumbangan kepada mereka. Inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan berterusan beliau terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga kementerian.

Seusai berbuka puasa, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah yang turut disertai para tetamu jemputan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan, barisan Timbalan Ketua Setiausaha KDN, barisan Timbalan Pengarah PDRM dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, crowd and text

May be an image of dais and text that says 'എ KEMENTERIAN DALAM NEGERI Majles Penerapan Milai- i-Milai Dilai Murni YB DATUK DDIN NASUTION BIN ISMAIL DALA

May be an image of table and text that says 'VIP'

May be an image of lighting, table and dais

ArtikelDiterbitkan 24 Feb 2026 2.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM