
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Adakan Lawatan Kerja Ke Kompleks Pembinaan Batalion 10 Pga Sarikei
Sibu, 7 Februari 2026 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Gilberd Philip Layang mengadakan lawatan kerja ke kompleks pembinaan baharu Ba...
Sibu, 7 Februari 2026 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Gilberd Philip Layang mengadakan lawatan kerja ke kompleks pembinaan baharu Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (AM) Sarikei, di sini, semalam.
Lawatan bertujuan meninjau keperluan logistik pembangunan dan infrastruktur kompleks berkenaan bagi memastikan kemudahan yang dibangunkan dapat menyokong keperluan operasi serta kebajikan warga PGA dengan lebih efektif.
Dalam lawatan itu, beliau turut diberi taklimat oleh wakil Jabatan Kerja Raya Sarawak mengenai kemajuan dan skop kerja pembinaan baharu Kompleks tersebut, termasuk perancangan pelaksanaan serta isu-isu berkaitan pembinaan.
Seusai lawatan, beliau bersama delegasi melawat tapak pembinaan lapang sasar bagi menilai perkembangan dan memastikan spesifikasi serta keperluan operasi latihan menembak PGA dapat dipenuhi mengikut piawaian yang ditetapkan.
Turut hadir, Komander Briged Sarawak PGA, SAC Lim Bak Phai dan Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu, Superintenden Yusuf Baki Khan.
Sumber: Batalion 10 PGA