
Artikel
Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Penuhi Jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Luar Negeri
Seremban, 12 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk...
Seremban, 12 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman memenuhi jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan bersama isteri, Raja Datin Seri Dato' Hjh. Salbiah Tengku Nujumudin di Kampung Tanjung, Rantau, di sini, petang tadi.
Majlis yang berlangsung di kediaman Dato' Seri Utama Hj. Mohamad itu turut menyaksikan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Tunku Besar Tampin, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri bersama Undang Luak Johol, YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Dato’ Muhammed Hj. Abdullah.
Majlis bermula seawal jam 10.00 pagi itu disambut dalam suasana penuh meriah dan harmoni dengan kehadiran hampir 50,000 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat. Selain dendangan lagu raya, turut disajikan pelbagai juadah tradisional dan moden untuk dinikmati bersama.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Koperal Bryan Mustin