Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Northen Star Polis Kenal Pasti Individu Ada Kaitan Dalang Penipuan Pelaburan Mbi Kpn

Diterbitkan: 12 Apr 2025 1.37 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.06 PM
Kuala Lumpur, 12 April 2025 - Polis Diraja Malaysia mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas skim penipuan pelaburan, MBI International Group (MBI).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-northen-star-polis-kenal-pasti-individu-ada-kaitan-dalang-penipuan-pelaburan-mbi-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:48 MYT
Kuala Lumpur, 12 April 2025 - Polis Diraja Malaysia mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas skim penipuan pelaburan, MBI International Group (MBI).

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit dikesan hasil siasatan lanjut terhadap lapan individu, termasuk empat yang bergelar Datuk, yang ditahan menerusi Operasi Northern Star (Op Northern Star) pada 20 Mac lalu.

Tan Sri Razarudin berkata, bukti baharu yang diperoleh membolehkan pihak polis mengesan lebih ramai yang dipercayai terbabit dalam rangkaian penipuan berasaskan 'Ponzi Scheme' berkenaan.

"Siasatan mendapati, ada dalam kalangan mereka masih berada di dalam negara dan aktif mengendalikan pelbagai bentuk perniagaan.

"Tindakan sitaan dan pembekuan aset bernilai RM3.17 bilion oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman pada 20 Mac lalu itu adalah fasa pertama siasatan.
"Kita menjangkakan lebih ramai lagi individu yang mempunyai kaitan akan dikenal pasti dalam fasa seterusnya, termasuk pelaksanaan tindakan sitaan dan pembekuan aset tambahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kenal-pasti-individu...

Sumber berita: Berita Harian

Artikel Pilihan Op Northen Star Polis Kenal Pasti Individu Ada Kaitan Dalang Penipuan Pelaburan Mbi Kpn


ArtikelDiterbitkan 12 Apr 2025 1.37 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.06 PM