Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Penuhi Jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Luar Negeri

Published: 12 Apr 2025 10.38 AM Updated: 15 Aug 2026 8.06 PM
Seremban, 12 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman memenuhi jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan bersama isteri, Raja Datin Seri Dato' Hjh. Salbiah Tengku Nujumudin di Kampung Tanjung, Rantau, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-pengerusi-perkep-malaysia-penuhi-jemputan-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-menteri-luar-negeri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:27 MYT
 
Seremban, 12 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman memenuhi jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan bersama isteri, Raja Datin Seri Dato' Hjh. Salbiah Tengku Nujumudin di Kampung Tanjung, Rantau, di sini, petang tadi.

Majlis yang berlangsung di kediaman Dato' Seri Utama Hj. Mohamad itu turut menyaksikan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Tunku Besar Tampin, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri bersama Undang Luak Johol, YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Dato’ Muhammed Hj. Abdullah.

Majlis bermula seawal jam 10.00 pagi itu disambut dalam suasana penuh meriah dan harmoni dengan kehadiran hampir 50,000 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat. Selain dendangan lagu raya, turut disajikan pelbagai juadah tradisional dan moden untuk dinikmati bersama.

Turut hadir, Ketua Polis (KP) negeri, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Timbalan KP negeri, SAC Muhammad Idzam Dato' Hj. Jaafar dan Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Koperal Bryan Mustin

May be an image of 6 people and dais

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 12 people
ArticlePublished 12 Apr 2025 10.38 AMUpdated 15 Aug 2026 8.06 PM